Halaman

Teman Tersayang

Terdapat ralat dalam alat ini

April 29, 2011

Sulaman Benang Bunga Kekwa (Tutorial)

Assalamualaikum...ermm...kali ni nak kongsi sulaman benang bunga kekwa pulak...

Nie idea sendiri...tiba-tiba rasa nak buat bunga kekwa pulak time nak menyulam...so..hanya mengaplikasi teknik CHAIN STITCH terhasillah bunga kekwa seperti di atas

Di bawah nie aku tunjuk cara nak membentuk bunga kekwa tersebut


Buat 4 chain stitch bertentang..



2. Tambah lagi chain stich diantara ruang yang kosong sehingga memenuhi ruang...
Kemudian bentukkan daun








Tambah manik jika suka...;P..










Kudup bunga



Sekian untuk kali ini ;)

April 28, 2011

Sabar Itu Indah

Jika langit hendak runtuh
Bagaimana jari hendak menahannya
Kita hamba yang dibatasi takdir
Di situlah noktah segala tadbir....

Hitungkan laut kesyukuran
Di pinggir pantai kesabaran
Carilah hikmah tuailah iktibar
Sabarlah dalam bersabar.....

Betapa pun terasa pahit
Janganlah hendaknya tercalar tauhid
Sesungguhnya sabar itu indah
Didikan terus daripada Allah....

Ujian itu penebus dosa...
Meningkatkan darjat
Menambahkan pahala
Bingkisan tazkirah daripada yang Esa
Bagai ombak...
Penghias samudera!

Pahrol Muhammad Juoi

April 25, 2011

Sulaman Benang Bunga Lilac (Tutorial)

Kali ni aku nak tunjuk bagaimana menghasilkan
Bunga Lilac dari sulaman benang.
1. Untuk menghasilkan bunga sebaiknya menggunakan 3 lembar benang. Tusuk jarum dr bawah
fabrik naik ke atas.


2. Buat chain stich (jahit berantai)..

3. Tusuk jarum ke bawah untuk menyudahkan chain stich tersebut..

4. Chain stich yang terhasil..

5. Buat satu lagi chain stich yang lebih besar...

6. Sudahkan chain stich tadi dan tusukkan terus jarum bersebelahan chain stich tadi..

7. Keluarkan ke atas fabrik..

8. Buat fly stitch (jahit lalat)..





9. Bunga Lilac yang terhasil..





Tq...Wassalam..

April 17, 2011

Sulaman benang di tudung



Bunga matahari dan fern leaf




Salam..
Ah...lama betul tak posting!...Sejak ada bb nieh masa pn terhad..dengan keje umah lagi tak sempat aku nak ngadap blog nieh..!!nak buat tutorial pn tk terbuat lagi..tp dalam diam tak diam aku sempat gak buat sulaman kat tudung ...

Tudung tu aku beli 10 hinggit jer...plain lagi...nak bli yang bersulam2 tu mahal ler pulak..so...as long as aku dh taw buat sulam sendiri...aku sulamkan tudung tu ikut kreativiti sendiri...maaflah pics tk cantik...tk dpt nak edit...

Untuk bunga aku buat sulam bunga matahari dengan teknik bullion..batang jahit jelujur dan daun(fern leaf)  menggunakan teknik fly stich atau jahit lalat...tak sempat nk buat tutorial hari nieh...InsyaAllah akan aku usahakan kelak...

Ekceli projek nieh lum siap lagi...tgklah kat bunga matahari tuh...inti kat tengah tu lum sulam lagi...aku ingat nak tambahkan inti dengan teknik french stitch...

Insya'Allah next posting aku nak buat tutorial bagaimana nak buat fern leaf dan sun flower tu...
Thanxx...Wassalam!!...

 
Real Time Web Analytics