Halaman

Teman Tersayang

Mei 17, 2010

Belajar Menjahit Langsir - Bahagian 1 (Box Pleat)




Gambar Hiasan menunjukkan kepala langsir jenis Box Pleat.

Pelajaran  yang pertama ini aku memilih bagaimana hendak membuat Box Pleat di bahagian kepala langsir.
 
Baru hari ni dapat upload gambarajah langsir yang baru aku pelajari...mutu gambar agak tidak memuaskan...tp, as long as boleh paham kira oklah...

Disini aku menggunakn kain bersaiz 58" lebar bidangnya. Dan untuk panjangnya lebih kurang 2 meter lebih.

Sebagai permulaan, aku hanya belajar bagaimana hendak menentukan kedudukan box pleat dan kepala langsir  atas box pleat terus di atas kain atau fabrik. Lihat gambar di bawah. Gambar ini menunjukan kedudukan box pleat dan kepala langsir di atas fabrik .
 Gambarajah 1

Gambarajah 2

Gambarajah 2 menunjukkan labuh box pleat yang telah di campur dengan kelepet sebanyak 3". Oleh kerana aku baru belajar, maka panjang box pleat belum diambil kira lagi.. next class nanti. Kali ni cuma belajar kedudukan box pleat  dan kepala langsir di atas fabrik sahaja.Jadi,

Untuk labuh box pleat 
= 16" + 3"
= 19"


Gambarajah 3

Gambarajah 3 menunjukkan kepala langsir yang telah diukur dan dipotong. Lebar kepala langsir yang aku ukur dirumah adalah sebanyak 57"...Jadi perlu di lebihkan 2" kiri dan 2" kanan untuk memastikan trek langsir tidak kelihatan apabila langsir di pasang. Dan di tambah lagi 1" dikiri dan kanan untuk kelepet.
Untuk lebih mudah,

Panjang kain diperlukan untuk kepala langsir 

= Panjang trek + 2" + 2" + 1" + 1"
                                                                    =  57" (pjg trek aku) + 6"
                                                                    =  63".
Untuk kali ini ... ini sahaja yang aku belajar...next lesson nt aku upload lagi gambar.



5 penyulam:

nabilah_2908 berkata...

sy kalau bab2 menjahit sure fail..huhu.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
YUNA

Unknown berkata...

ish...bila la ada kelapangan nk menjahit nih..adehhh

Aku dan Sulaman berkata...

nabilah...thanx yer datang cni...
et....time free blehler buat...skang cuci mata jelah..sha pn bukan ada masa sangat...sekadar tuk pki sendiri jr...

wan syamilah berkata...

salam perkenalan....

tq sudi kongsi tutorial ni...thn ni nk jahit box pleat lak...he3...harap2 la berjaya kan

My recent post Misi 'Box Pleat'

Balqis House berkata...

minta halal ilmu ye...moga murah rezeki awak share di sini...amin,,,

 
Real Time Web Analytics