Halaman

Teman Tersayang

Terdapat ralat dalam alat ini

November 01, 2011

Bunga Kemboja (tutorial sulam benang)

Assalamualaikum...ermm nak kongsi tutorial bunga kemboja (sulam benang versi Aku dan Sulaman ye)..mungkin  penyulam lain ada teknik masing2...
Bunga kemboja dihasilkan dengan menggunakan teknik 'bulllion knot'...

Keluarkan jarum dari bawah fabrik

Jahit sedikit berhampiran dengan benang y keluar tadi...

Mulakan dengan melilit benang pada jarum...

Untuk menghasilkan saiz kelopak bergantung kepada jumlah lilitan...Aku dan Sulaman menggunakan 12 lilitan.. 

Tekan lilitan benang dengan menggunakan ibu jari..

Tarik jarum perlahan-lahan...

Tarik benang perlahan-lahan untuk hasil bullion yang cantik...

It's me!!!..:)...satu kelopak terhasil!...Ermm..cucuk jarum semula dari atas kebawah fabrik  berhampiran
dengan lubang pertama td...

Keluarkan semula jarum ke atas fabrik  berhampiran kelopak tadi..
(ermm...harap korang fahamlah ye..:)..)

Lilit 12 kali utk kelopak yang kedua...

Kelopak ke2...

Turunkan jarum kebawah fabrik...

Naikkan jarum semula betul2 disebelah kelopak ke2...







Bila kelopak ke5 siap...kukuhkan kedudukan kelopak...











Sekuntum bunga kemboja..boleh juga di jahit 'french knot' kat tengah2
bunga tu @pn jahit sebutir pearl sebagai intinya...

:)....harap fahamlah ye tutorial ni....

Blog frens

 
Real Time Web Analytics