Halaman

Teman Tersayang

November 26, 2010

Tutorial Crochet (mengait)

Salam...


Dulu seni mengait nieh kene cari cikgu baru faham cara nak buatnye..tp sekarang tak susah...just google jer terus dapt video tutorialnye...jimat masa n jimat duit..huhu..
Video kali ini memaparkan teknik asas mengait iaitu chain stitch, slip stitch, single crochet dan sbgnye...ada free pattern lagi....jom kita sama2 pelajari seni mengait ni....
Klik SINI utk video

mungkin anda juga meminati INI

November 25, 2010

Tutorial Pelbagai Teknik Asas Jahitan

Salam... kali ini jom kita pelajari bagaimana membuat pelbagai jenis jahitan. Antaranya  Running Stitch, Back Stitch, Stem Stitch, Split Stitch, Daisy Stitch @ Detached Chain dan banyak lagi ... Semua jenis jahitan ini boleh diaplikasikan dalam jahitan dan sulaman...samada sulaman benang, sulaman reben dan juga sulaman manik. Tekniknya adalah sama.

Lihat link tutorial ini PELBAGAI JENIS JAHITAN

mungkin anda juga berminat dengan INI   

November 13, 2010

Resepi puding roti Mysara

Salam...pepagi lagi aku cbuk buat puding roti bersos kastad ..meleleh air liur tengok resepi nieh kat Harian Metro bebaru nieh... so pagi tadi dengan penuh bersemangat aku membaking...huhu....Sorilah tak snap pic... maleh....

Puding Roti Mysara

Bahannya:

  • 3 cawan susu segar ( aku gune susu cair 1 cawan n 2 cawan air)
  • 3 biji telur
  • 3/4 cawan gula perang
  • 1 sd teh esen vanilla
  • 2 sd besar gula kasar
  • 1 buku roti High 5 ( aku guna roti Gardenia)
  • Sedikit kismis sebagai hiasan

Cara :
  1. Potong kiub roti
  2. Ketepikan
  3. Pecahkan telur dalam mangkuk
  4. Masukkan susu,gula perang dan esen vanilla
  5. Kacau sebati
  6. Masukkan roti yang dipotong dlm mangkuk tadi dan biar roti kembang
  7. Taburkan kismia
  8. Lengserkan mentega dalam bekas pembakar
  9. Masukkan adunan tadi dan bakar pada suhu 160 darjah celcius 40 - 50 minit atau sehingga naik


Bahan untuk kastard vanilla:
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sd besar tepung kastard
  • Secubit garam

Cara :
Campurkan gula,susu cair,air,tepung kastard,secubit garam dan esen vanilla ke dalam kuali.Bahan hendaklah kerap dikacau untuk mengelakkannya hangus dan kering hingga menjadi sedikit pekat.

Bahan untuk sos strawberi ( aku tak buat pn sos nieh...strawber iiileek..hehe)
  • 200 gram strawberi segar
  • 1/4 cawan gula
  • 50 milimeter air

Cara :
Strawberi yang dipotong dimasak bersama gula dan air hingga gula cair dan sebati dengan strawberi tapi jangan terlalu lama untuk mengekalkan tekstur buah.

Cara hidang:
Potong puding tadi. Letakkan dalm piring n tuang sos tadi.....mmm apalagi...mamamlah..hehe..

November 09, 2010

Tutorial Head Band

Salam .... uuh!!...lamer beno tk berblogging...winduler pulak...heheeh..google2 terjupe link ajar cara buat head band...
Cantik2 pulak tuh design dia...tangan nieh rasa menggatal jer nk memotong fabrik....huhu....

So sesaper yang teringin nk buat head band nieh....bleyler ke HEAD BAND ..

 
Real Time Web Analytics