Halaman

Teman Tersayang

Disember 20, 2010

Tempahan Bunga Crochet

Tempahan di buka kepada sesiapa yang berminat.
Sebarang pertanyaan boleh email ke syahrulbariah@gmail.com ataupn
boleh sms ke 0173470185.

Kod 001 RM1.50 each 

Kod 003 RM0.50 each

Kod 002 RM0.50 each

Kod 004 RM3.00 each

Kod 005 RM2.50 each

Kod 006 RM3.00 each

Kod 007 RM3.00 each

Kod 008 RM2.00 each

Kod 004 RM3.00 each

Tempahan megikut  pilihan warna yang disukai.

Disember 01, 2010

Video Flower Crochet

Bunga Crochet

Salam...masih dalam mood mengait nieh..huhu...n3 kali nieh nak share sama2 video caner nak buat bunga crochet. Dah 4 kuntum dah aku kait semalam...terapi minda..heheh...senang nak ikut video ni...Terang dan jelas penerangan si Teresa.. 

Sesape yang baru nak berjinak2 dengan dunia crochet ni pasti suke dengan video ni. Dan tututan video yang lain jugak tak kurang hebat dan senang dipelajari...jom...layan!!

November 26, 2010

Tutorial Crochet (mengait)

Salam...


Dulu seni mengait nieh kene cari cikgu baru faham cara nak buatnye..tp sekarang tak susah...just google jer terus dapt video tutorialnye...jimat masa n jimat duit..huhu..
Video kali ini memaparkan teknik asas mengait iaitu chain stitch, slip stitch, single crochet dan sbgnye...ada free pattern lagi....jom kita sama2 pelajari seni mengait ni....
Klik SINI utk video

mungkin anda juga meminati INI

November 25, 2010

Tutorial Pelbagai Teknik Asas Jahitan

Salam... kali ini jom kita pelajari bagaimana membuat pelbagai jenis jahitan. Antaranya  Running Stitch, Back Stitch, Stem Stitch, Split Stitch, Daisy Stitch @ Detached Chain dan banyak lagi ... Semua jenis jahitan ini boleh diaplikasikan dalam jahitan dan sulaman...samada sulaman benang, sulaman reben dan juga sulaman manik. Tekniknya adalah sama.

Lihat link tutorial ini PELBAGAI JENIS JAHITAN

mungkin anda juga berminat dengan INI   

November 13, 2010

Resepi puding roti Mysara

Salam...pepagi lagi aku cbuk buat puding roti bersos kastad ..meleleh air liur tengok resepi nieh kat Harian Metro bebaru nieh... so pagi tadi dengan penuh bersemangat aku membaking...huhu....Sorilah tak snap pic... maleh....

Puding Roti Mysara

Bahannya:

  • 3 cawan susu segar ( aku gune susu cair 1 cawan n 2 cawan air)
  • 3 biji telur
  • 3/4 cawan gula perang
  • 1 sd teh esen vanilla
  • 2 sd besar gula kasar
  • 1 buku roti High 5 ( aku guna roti Gardenia)
  • Sedikit kismis sebagai hiasan

Cara :
  1. Potong kiub roti
  2. Ketepikan
  3. Pecahkan telur dalam mangkuk
  4. Masukkan susu,gula perang dan esen vanilla
  5. Kacau sebati
  6. Masukkan roti yang dipotong dlm mangkuk tadi dan biar roti kembang
  7. Taburkan kismia
  8. Lengserkan mentega dalam bekas pembakar
  9. Masukkan adunan tadi dan bakar pada suhu 160 darjah celcius 40 - 50 minit atau sehingga naik


Bahan untuk kastard vanilla:
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sd besar tepung kastard
  • Secubit garam

Cara :
Campurkan gula,susu cair,air,tepung kastard,secubit garam dan esen vanilla ke dalam kuali.Bahan hendaklah kerap dikacau untuk mengelakkannya hangus dan kering hingga menjadi sedikit pekat.

Bahan untuk sos strawberi ( aku tak buat pn sos nieh...strawber iiileek..hehe)
  • 200 gram strawberi segar
  • 1/4 cawan gula
  • 50 milimeter air

Cara :
Strawberi yang dipotong dimasak bersama gula dan air hingga gula cair dan sebati dengan strawberi tapi jangan terlalu lama untuk mengekalkan tekstur buah.

Cara hidang:
Potong puding tadi. Letakkan dalm piring n tuang sos tadi.....mmm apalagi...mamamlah..hehe..

November 09, 2010

Tutorial Head Band

Salam .... uuh!!...lamer beno tk berblogging...winduler pulak...heheeh..google2 terjupe link ajar cara buat head band...
Cantik2 pulak tuh design dia...tangan nieh rasa menggatal jer nk memotong fabrik....huhu....

So sesaper yang teringin nk buat head band nieh....bleyler ke HEAD BAND ..

September 03, 2010

TuToRIAL sULAMAn bAJU rAYE LiYA..

Hari ni berkongsi tutorial sulaman pearl dan manik...

Untuk menghasilkan manik tali air, masukkan manik mengikut bilangan yang dikehendaki..Rapatkan manik menggunakan jarum dan susup jarum ke bawah fabrik..

Dari bawah fabrik susupkan jarum naik ke atas di belakang manik yang ke2 dari barisan manik
Tarik benang keluar
Masukkan jarum di kedua manik ke hadapan
Tarik benang
Masukkan pearl
Rapatkan pearl kebarisan manik tadi menggunakan jarum dan terus susupkan jarum ke bawah fabrik
Susupkan jarum naik ke atas semula di belakang pearl tadi
Tarik benang keluar
Masukkan jarum semula ke dalam pearl tadi
Tarik benang keluar
Masukkan manik semula dan teruskan jahitan
Boleh juga ditambah dengan kristal di tepi tali air tadi
Sulaman ringkas manik + pearl + kristal
Jahitan menghasilkan tali air dan bersambung dengan pearl

Ogos 29, 2010

Baju Raye Mallisa....

Salam...sudah lame beno tak posting...pagi nieh nk upload pics baju raye tuk Lisa...
Ada sulam benang + manik + pearl...

Jun 29, 2010

Lagi Sulam Pencil Case...

Taknak citer bebyk...just upload pics ari nieh...hehe..

Jun 18, 2010

Besday Iddin yang ke 6 tahun....

Lama dah nak wat n3 besdey Iddin..tp kerap kali tertangguh...sejak akhir2 nieh aku sibuk betul memandangkan sekarang tengah cuti sekolah lagi so xtvt berblogging kurang ckit....asyik dok dapur memasak jer..hehe..

Actually si Iddin ni masuk 6 tahun pada 3/6/10 ari tu tp celebrate sehari selepas tu....ehehe..kali nie aku terajin plak buat kek sendiri...kek coklat ala2 moist gitew..hehe...n kengkononnye watler icing cream kat atasnye...decoler pulak...he....so..layanzz pics kay....

Bb Izzul pun nyebuk2 gak..hehe....

 
Real Time Web Analytics