Halaman

Teman Tersayang

Terdapat ralat dalam alat ini

November 13, 2010

Resepi puding roti Mysara

Salam...pepagi lagi aku cbuk buat puding roti bersos kastad ..meleleh air liur tengok resepi nieh kat Harian Metro bebaru nieh... so pagi tadi dengan penuh bersemangat aku membaking...huhu....Sorilah tak snap pic... maleh....

Puding Roti Mysara

Bahannya:

  • 3 cawan susu segar ( aku gune susu cair 1 cawan n 2 cawan air)
  • 3 biji telur
  • 3/4 cawan gula perang
  • 1 sd teh esen vanilla
  • 2 sd besar gula kasar
  • 1 buku roti High 5 ( aku guna roti Gardenia)
  • Sedikit kismis sebagai hiasan

Cara :
  1. Potong kiub roti
  2. Ketepikan
  3. Pecahkan telur dalam mangkuk
  4. Masukkan susu,gula perang dan esen vanilla
  5. Kacau sebati
  6. Masukkan roti yang dipotong dlm mangkuk tadi dan biar roti kembang
  7. Taburkan kismia
  8. Lengserkan mentega dalam bekas pembakar
  9. Masukkan adunan tadi dan bakar pada suhu 160 darjah celcius 40 - 50 minit atau sehingga naik


Bahan untuk kastard vanilla:
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sd besar tepung kastard
  • Secubit garam

Cara :
Campurkan gula,susu cair,air,tepung kastard,secubit garam dan esen vanilla ke dalam kuali.Bahan hendaklah kerap dikacau untuk mengelakkannya hangus dan kering hingga menjadi sedikit pekat.

Bahan untuk sos strawberi ( aku tak buat pn sos nieh...strawber iiileek..hehe)
  • 200 gram strawberi segar
  • 1/4 cawan gula
  • 50 milimeter air

Cara :
Strawberi yang dipotong dimasak bersama gula dan air hingga gula cair dan sebati dengan strawberi tapi jangan terlalu lama untuk mengekalkan tekstur buah.

Cara hidang:
Potong puding tadi. Letakkan dalm piring n tuang sos tadi.....mmm apalagi...mamamlah..hehe..

2 penyulam:

$$ berkata...

blogwalking here. saya pun dah cuba buat puding ni (amik kat harian metro jugak) dan buat entry jugak. jom la lawat blog sy.

Aku dan Sulaman berkata...

thanx dtg cni $$...insya'Allah sy jalan sana nanti...

 
Real Time Web Analytics