Gambar Hiasan menunjukkan kepala langsir jenis Box Pleat.
Pelajaran yang pertama ini aku memilih bagaimana hendak membuat Box Pleat di bahagian kepala langsir.
Baru hari ni dapat upload gambarajah langsir yang baru aku pelajari...mutu gambar agak tidak memuaskan...tp, as long as boleh paham kira oklah...
Disini aku menggunakn kain bersaiz 58" lebar bidangnya. Dan untuk panjangnya lebih kurang 2 meter lebih.
Sebagai permulaan, aku hanya belajar bagaimana hendak menentukan kedudukan box pleat dan kepala langsir atas box pleat terus di atas kain atau fabrik. Lihat gambar di bawah. Gambar ini menunjukan kedudukan box pleat dan kepala langsir di atas fabrik .
Gambarajah 1
Gambarajah 2
Gambarajah 2 menunjukkan labuh box pleat yang telah di campur dengan kelepet sebanyak 3". Oleh kerana aku baru belajar, maka panjang box pleat belum diambil kira lagi.. next class nanti. Kali ni cuma belajar kedudukan box pleat dan kepala langsir di atas fabrik sahaja.Jadi,
Untuk labuh box pleat
= 16" + 3"
= 19"
Gambarajah 3
Gambarajah 3 menunjukkan kepala langsir yang telah diukur dan dipotong. Lebar kepala langsir yang aku ukur dirumah adalah sebanyak 57"...Jadi perlu di lebihkan 2" kiri dan 2" kanan untuk memastikan trek langsir tidak kelihatan apabila langsir di pasang. Dan di tambah lagi 1" dikiri dan kanan untuk kelepet.
Untuk lebih mudah,
Panjang kain diperlukan untuk kepala langsir
= Panjang trek + 2" + 2" + 1" + 1"
= 57" (pjg trek aku) + 6"
= 63".
Untuk kali ini ... ini sahaja yang aku belajar...next lesson nt aku upload lagi gambar.
5 penyulam:
sy kalau bab2 menjahit sure fail..huhu.. ;)
jom ke APA KATA HATI pulak,
YUNA
ish...bila la ada kelapangan nk menjahit nih..adehhh
nabilah...thanx yer datang cni...
et....time free blehler buat...skang cuci mata jelah..sha pn bukan ada masa sangat...sekadar tuk pki sendiri jr...
salam perkenalan....
tq sudi kongsi tutorial ni...thn ni nk jahit box pleat lak...he3...harap2 la berjaya kan
My recent post Misi 'Box Pleat'
minta halal ilmu ye...moga murah rezeki awak share di sini...amin,,,
Catat Ulasan