Halaman

Teman Tersayang

Jun 09, 2010

Pencil Case Sulam untuk Kak Lela...

Huhu...ari nieh aku nk kasi upload ckit pics pencil case yang Kak Lela order... actually..dia order 4..tp snap 3 jer cuz satu lg belum siap sulamannya.... so..layanzzzzz...hehe..


Soriler pic yang bwh skali tu terang sangat...hpfully sesangat Kak Lela suka n berpuas hati dengan pencil case sulamanku ini... tutorial tuk buat pencil case nieh kat SINI tau....sharing is caring...;8)

Jun 01, 2010

Belajar Menjahit Langsir - Bahagian 2 (Box Pleat)

Salam....dah lama tak update blog n belajar langsir..ari ni kita sambung bahagian ke 2....

Ikuti tutorial di bawah ye...

Mulakan jahitan box pleat di bahagian tengah kain yang telah diukur sebelum ini.


Tips... gunting kertas keras dengan ukuran lebar 2" dan panjang lebih kurang 3,4".. tujuan kertas keras ini dibuat adalah untuk mengelakkan penggunaan pin untuk menanda ukuran box pleat ke satu box pleat... kerja lebih cepat dan mudah...


 Mulakan dengan mengambil sedikit kelepet


Masukkan kertas keras....ejas kelepet tadi sehingga berukuran 2" lebar....



Setelah kertas dikeluarkan....jahit terus dengan basi 1/2"....

Lakukan perkara yang sama untuk kelepet di sebelah kiri pula....setelah selesai dijahit dengan basi 1/2" maka terhasillah box pleat yang pertama...


Setelah selesai  menjahit box pleat di kiri dan kanan garisan tengah...bolehlah box pleat disambung dengan kepala langsir...bersambung di bahagian 3 nanti ye....maaflh pics tk memuaskan dan penerangan mungkin tak berapa jelas....;8).....

Mei 17, 2010

Belajar Menjahit Langsir - Bahagian 1 (Box Pleat)




Gambar Hiasan menunjukkan kepala langsir jenis Box Pleat.

Pelajaran  yang pertama ini aku memilih bagaimana hendak membuat Box Pleat di bahagian kepala langsir.
 
Baru hari ni dapat upload gambarajah langsir yang baru aku pelajari...mutu gambar agak tidak memuaskan...tp, as long as boleh paham kira oklah...

Disini aku menggunakn kain bersaiz 58" lebar bidangnya. Dan untuk panjangnya lebih kurang 2 meter lebih.

Sebagai permulaan, aku hanya belajar bagaimana hendak menentukan kedudukan box pleat dan kepala langsir  atas box pleat terus di atas kain atau fabrik. Lihat gambar di bawah. Gambar ini menunjukan kedudukan box pleat dan kepala langsir di atas fabrik .
 Gambarajah 1

Gambarajah 2

Gambarajah 2 menunjukkan labuh box pleat yang telah di campur dengan kelepet sebanyak 3". Oleh kerana aku baru belajar, maka panjang box pleat belum diambil kira lagi.. next class nanti. Kali ni cuma belajar kedudukan box pleat  dan kepala langsir di atas fabrik sahaja.Jadi,

Untuk labuh box pleat 
= 16" + 3"
= 19"


Gambarajah 3

Gambarajah 3 menunjukkan kepala langsir yang telah diukur dan dipotong. Lebar kepala langsir yang aku ukur dirumah adalah sebanyak 57"...Jadi perlu di lebihkan 2" kiri dan 2" kanan untuk memastikan trek langsir tidak kelihatan apabila langsir di pasang. Dan di tambah lagi 1" dikiri dan kanan untuk kelepet.
Untuk lebih mudah,

Panjang kain diperlukan untuk kepala langsir 

= Panjang trek + 2" + 2" + 1" + 1"
                                                                    =  57" (pjg trek aku) + 6"
                                                                    =  63".
Untuk kali ini ... ini sahaja yang aku belajar...next lesson nt aku upload lagi gambar.



 
Real Time Web Analytics