Mei 17, 2010
Belajar Menjahit Langsir - Bahagian 1 (Box Pleat)
Hobiku menyulam dan menjahit kata Aku dan Sulaman pd Isnin, Mei 17, 2010 5 penyulam
Labels: Mari Belajar Buat Langsir
Mei 14, 2010
Sulaman Reben Pencil Caseku....
Hobiku menyulam dan menjahit kata Aku dan Sulaman pd Jumaat, Mei 14, 2010 3 penyulam
Labels: Pencil case, Sulam Reben
Mei 12, 2010
Asas Sulaman Manik Dan Labuci :Teknik Menyimpul Benang (video)
Hobiku menyulam dan menjahit kata Aku dan Sulaman pd Rabu, Mei 12, 2010 4 penyulam
Labels: teknik menyulam manik
Mei 11, 2010
Buat brooch dengan bunga reben
Hobiku menyulam dan menjahit kata Aku dan Sulaman pd Selasa, Mei 11, 2010 5 penyulam
Labels: sulaman reben, sulammenyulam, Tutorial
Mei 10, 2010
Cerpen loghat Terengganu
Mamat rase malassang nök  bangung tiddo. Nye    gulling-gulling atah katil. Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene  dia    berase. Mök Lijöh blèbèr hanyaar kot luör pitu, “Mat! Matahari nök    tinggi galöh döh nim, ka’ak rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak    dök kheje ke ari nim?”
Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong    bikah bangung ceggat dari katil. Baru dia teringat pukol 11 ada kene  wat    kheje sikit hök Böh dia suroh kemarèng. Mamat pong jungaa tangang dia    ambèk tuala. Pèsèngang mandi P. Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah    pukol 10.30 döh. Dari Manir nök jembe ke Jalang Batah Baru tu jauh  jugök.    Pah tu nök kena bereti stèsèng minyok Petronah pulök dekat sipang   trapik  lait Pulau Musang. Döp ingat starang nok tamböh minyök kemarèng.    Dök  dang 10 minit Mamat siap belake döh. Minung air kopi-ö setegök dua    lepah  tu pakaa kasut kulit atah tangge kak lambo. Baru beli minggu  lepah  tu  kasut  tu. Bekilat ssiö! Lepah tu Mamat pong stak möto vroooooong  hale  ke  bandö.  Mötosika sèkèng hèng jer, tapi boleh tahang lah.
Jalang  Batah  Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu  hale  ke depang  sikit  ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang tu.  Kalu  tebèng  dök  bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa Flat Batah  Baru tu  ada  lèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ada gök. Kalu jallang   sikit  lagi  sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepat juaa  khète  baru cap   Hyundaa dengang Kia.
Di antara kedaa èkong dengang  kedaa  Astro tu   ada celöh-celöh tu jabbat löyar baru buka. Pèsèngang baru  pah jadi   löyar tu Mamat mari mmkir sörrang. Slo-slo Mamat naèk tikat  dua. Napök   gaye ader dua örang jer kherani. Llaki sörang, ppuang  sörang. Boleh   tahang hök ppuang tu. Tapi pakaa cicing molèk ngak kat  jari manih tu.   Ttunang döh pèsèngang tu.. Dök napök gambö starang.  Berat nnanang.   Mamat kabö ke kherani ppuang tu dia nök jjuper Tuang  Löyar. Hayat hidup   Mamat dök rajing jjuper löyar skali habuk. Cakkak  dengang löyar jauh   skali.. Nye mari debö wèh.
Mamat pong ketok  pitu masok. Löyar tu   tengöh pegang gagang talipung cap Panasonic kat  telinga dia. Wayar talipung   tu tengöh beseranggöh lagi. “ I  dah uruskan fixed deposit  you  sebanyak RM10   juta tu. Lagi satu, minggu depan ni,  I nak you  ikut  I   ke   Singapore .  HSBC Singapore    dah buat arrangement   untuk finance syarikat   klien I, tak banyak,  dalam  20 juta  Sing dollar.  Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kita dinner  kat    Shook di Starhill ok?”
Mamat bukang     pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa pitih die pahang.     Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir.
Löyar muder tu pong     letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung mata tengök ke Mamat.     “Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök tengök ker?” löyar tu    tanye Mamat.
Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak     salöh. Tak mboh jawak salöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning.  Serbe   dök kene. Sudöhhang Mamat tebèng jugök jawak.
“Sebenörnyer   tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Teleköng. Saya  mari nok sambung   wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning.  Dök sambung lagi   wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!”
Muka tuang löyar tu   jadi biru hèrang!
Döh nök wat guana  starang! Nök èksèng dök   betepat!  Ada   jugök löyar kècèk orang  dèh! Pecöh bo!   Orang jamang lenim kata “ kantoi ”!
Hobiku menyulam dan menjahit kata Aku dan Sulaman pd Isnin, Mei 10, 2010 5 penyulam
Labels: Lawak
Mei 06, 2010
Belajar Menjahit Langsir
So....bagi sesiapa yang berminat...selalu-selalulah kesini untuk mengikuti update mengenai jahitan langsir....
Hobiku menyulam dan menjahit kata Aku dan Sulaman pd Khamis, Mei 06, 2010 0 penyulam
Labels: Mari Belajar Buat Langsir, Tutorial
Ibuku seorang pembohong???.....
Ibuku seorang pembohong ???
Memang sukar untuk orang lain  percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!!  Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.  Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda  sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir  sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum  serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa  hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.  Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis  mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan,  ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan  nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." –  PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Ketika saya mulai besar ibu yang  gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali  air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat  memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang  dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.  Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan  memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas  sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu..  Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan  itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata :  "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di  usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai  dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara  persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul  1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan  beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat  kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah,  esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata :  "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG  KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja  supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan  penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari,  ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja  tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya  lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi  menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan  menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi  yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang  jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera  memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu  cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" –  PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Setelah pemergian ayah kerana  sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang  mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja  mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar  kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan  keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang  semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan  kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.  Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada  seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami  sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat  mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan  lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang  habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang  menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi  bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak  mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk  memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota  besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun  begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan  ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu  ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah tamat pengajian  di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di  luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah  syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya  pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di  luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu  untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya,  ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis  dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan  dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak  ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ;  "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU  YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu  malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti  dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang  samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya  melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani  pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan  penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak  kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya..  Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah  memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya  menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu  kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu  pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu  tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." –  PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
Setelah mengucapkan pembohongan  yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir  kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda  boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh  menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak  saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana  biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah  sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat  ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Ibu, maafkan saya. Saya  sayangkan ibu… 
Diambil dari Berusrah Bersama....SELAMAT HARI IBU.... 
Hobiku menyulam dan menjahit kata Aku dan Sulaman pd Khamis, Mei 06, 2010 2 penyulam
..::Blog besh::..n ..::Berinformasi::..
Blog frens
- 
Edwin van der Sar Sebut Manchester United Kehilangan Karakter6 tahun yang lalu
 - 
akan kembali aktif !11 tahun yang lalu
 


















