Halaman

Teman Tersayang

Terdapat ralat dalam alat ini

Februari 15, 2011

Cara Membuat Poket Baju Melayu (Tutorial)

Salam MaulidurRasul!!...
Kali nieh aku nak share bagaimana nak buat poket baju melayu..sebenarnya banyak cara,tp aku rasa yang ni paling senang...terpulang pd individu...
Maaflah klu pics tak clear...camera bese2jer..hiks..

1. Buat pola poket baju melayu dengan menggunakan kertas keras. Aku guna kalendar lama. Atau boleh juga menggunakan pola yg dijual dipasaran. Bagi sesiapa yang nak buat pola sendiri, tiru jer poket bj yang sedia ada..

2. Letakkan pola di atas fabrik.

3. Lukiskan dengan menggunakan kapur disekeliling pola tadi...maaf gambar blurr!!..

4. Kemudian tandakan sekali basi dlam 1/2 inci dari garisan kapur y dibuat td.

5. Basi sebanyak 1/2 inci.

6. Ini pula bahagian atas poket. Lukiskan garisan untuk kelepet dan basinya sekalu.

7. Siap dilukis.

8. Bahagian atas poket.

9. Hasilnya setelah digunting di sekeliling poket. Lihat basi 1/2 inci di kiri dan kanan poket. Dan juga kelepet dan basi 1/2 inci di bahagian atas poket.




10. Seterusnya jahit kelepet di atas.




11. Jelujur di sekeliling poket berhampiran dengan garisan asal poket. Benang tu tak perlu dimatikan...biar panjang kiri dan kanan..

12. Begini caranye untuk lebih jelas.

13. Jelujur disekeliling poket ye....



14. Ok! Dah jelujur sumer...

15. Ambik pola tadi dan letakkan di atas fabrik. Tekan dengan jari pola tadi supaya fabrik tidak bergerak apabila benang ditarik. Tarik kiri kanan berselang seli sedikit demi sedikit.

16. Fabrik akan terbentuk elok mengikut pola tadi.


17. Terbalikkan dan gosok dengan iron. Keluarkan pola kertas tadi dan jahitlah di badan baju melayu ...abis sudah!!!...

Februari 12, 2011

Towel Mandi Lama Jadik Kitchen Towel (Tutorial)


1. Buat piping saiz ikut suke..then gosok untuk memudahkan kerja.

2. Towel tu sebaiknya di trim tepinya...jangan biar benang terkeluar mcm tu..heheh

3. It's me...Tadaa!!!...Kithen towel ni akan menemaniku kat dapur kelak..huhu

 
Real Time Web Analytics