Halaman

Teman Tersayang

Terdapat ralat dalam alat ini

September 03, 2010

TuToRIAL sULAMAn bAJU rAYE LiYA..

Hari ni berkongsi tutorial sulaman pearl dan manik...

Untuk menghasilkan manik tali air, masukkan manik mengikut bilangan yang dikehendaki..Rapatkan manik menggunakan jarum dan susup jarum ke bawah fabrik..

Dari bawah fabrik susupkan jarum naik ke atas di belakang manik yang ke2 dari barisan manik
Tarik benang keluar
Masukkan jarum di kedua manik ke hadapan
Tarik benang
Masukkan pearl
Rapatkan pearl kebarisan manik tadi menggunakan jarum dan terus susupkan jarum ke bawah fabrik
Susupkan jarum naik ke atas semula di belakang pearl tadi
Tarik benang keluar
Masukkan jarum semula ke dalam pearl tadi
Tarik benang keluar
Masukkan manik semula dan teruskan jahitan
Boleh juga ditambah dengan kristal di tepi tali air tadi
Sulaman ringkas manik + pearl + kristal
Jahitan menghasilkan tali air dan bersambung dengan pearl

 
Real Time Web Analytics