Halaman

Teman Tersayang

Terdapat ralat dalam alat ini

Mei 30, 2009

Bleeding!!!..

Aku bleeding ptg khamis baru nieh.. hancur luluh hati aku... rasanyer aku takde rezeki nk dpat bb lg.. bergegas abang blk ble aku cal n terpaksa tinggalkn meetingnyer..
malm tuh kami ank beranak ke HUKM.. trus ke emergency counter.. doc scan melalui ats dan bawah (vagina).. ada sdkit lagih darah katanye.. namun bb dalm keadaan ok dan dikedudukan y btl... alhamdulillah..syukur kpd Allah..

Petang smlam..aku dikejutkan sekali lagih...aku bleeding ..ya Allah!!..ketakutan menguasai diriku..apakah aku tak berpeluang utk memilikki zuriat lagi..bergegas pulak ke Hospital Selayang.. menunggu giliran begitu lamer membuatkan aku berfikir y bukan2...di tambah dengan pengalaman lalu..aku hanya mampu pasrah..

Aku skali lagih bernasib baik.. bb masih ok lagi..namun begitu aku kene labih berjaga2 dan berhati2...keje2 berat perlu dielakkan...rest lebih dan hindarkn dr stress..

Appoinment akan datang pada 11hb Jun..kali ini aku perlu bjumpe doc pakar utk mengetahui samada bb berkembang atau tidak ..jika tidak....*******..aku tak nk pk..

Spttnye aku blk Kg Raja hari nieh..Yan sepupu aku kahwin Isnin nati.. Cumer Lisa n Ayahnye yang blk..huhu..sdpnyer gulai kawah...aku kirim abg bwk balik..teringin betul rasenye nk mkn gulai kawah tuh...

Aku sentiasa berdoa semoga kandungan ini sihat dan tiada ape2 masalah.. hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui segala apa yang akan berlaku kelak..

Mei 27, 2009

Positif!!!...

Hari nieh aku nak berkongsi kegembiraan..kegembiraan yang amat sangat... aku disahkan peknen...woohuu...6 mgu lebih..suker sangat...setlh buat 2x urine test baru aku yakin.. maklumlah ank yang paling kecik dh berumur 5 thn.. tahun lps plak mengandung luar rahim(ectopic)..terpaksa dibuang...sgt sedey masa tuh..hanya tuhan yang tahu..

Tapi... aku takbleh hepi sgt cuz aku kene g follow kat HUKM untuk buat scan tkt ectopic berulang kembali..doa2knlh agar sumernyer ok..amiiin...
Simptom2 ectopic seperti sakit2 kat tulang belikat,sakit di ari2,bleeding dan rasa loya takde..mgkn takde ape2 kot..

Slps ank yang bongsu aku payah nk pregnen smuler... mgkn amik ubat perancang lamer sgt kot..dlm 3 thn... sblm dpt kandungan ectopic(oktober 2008)..

Aku amik keputusan cube produk kehamilan Biodex (PKB) pertengahan April baru2 nieh..alhamdulillah terus lekat...syukur sangat ke hadrat Ilahi atas rezeki ini.. Allah memberi aku petunjuk untuk mencuber produk Biodex tuh setelah melihat beberapa testimoni mereka yang berjaya hamil..alhamdulillah..syukur sangat..

Aku berharap sangat kandunganku ini sempurna, sihat dan di berkati oleh Allah..semoga Allah permudahkan segala urusan sepanjang kehamilanku ini..almaklumlah aku juga seorang isteri dan 4 org ank yang masih bersklh...urusan rumahtangga kadangkala menguji kesabaran dan minda... berikanlh aku kekuatan fizikal dan mental.. Amiiin....Wassalam..

Mei 25, 2009

Dapat Award dari Ummi Hanie..

Salam..lamer dah aku tak wat n3..bukan aper..bz memanjang..cumer n3 sumber dari email jer yang aku post..ehehe.. Apepn hari nieh lepas berkunjung ke umah salah seorang follower aku... adik Ummi Hanie.. rupe2nyer beliau bermurah hati menganugerahkn aku beberapa awards..terima kasih bbyk ye ummie.. ekceli b4 nieh ummi ada bg 2 award yang juga tak smpt utk kuangkut..ekeke..

Oklh kat bawah nie sumer awards yng ummie bag tew..








Terima kasih ye ummie.. so sebagai berkongsi kegembiraan aku dpt award nieh.. aku nak alu-alukan pada mereka yang berkunjung keumahku amiklh mana2 award yang anda mahu..sumer skali pn xpe.. kay...c u...

Mei 22, 2009

What A Bananaaaaaa!!!..



Sumber : Email

Mei 11, 2009

"SEBAB UTAMA LELAKI DITARIK KE NERAKA OLEH WANITA"

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan
anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji
dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke
neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal
keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau
mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..
pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya,
maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka
jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk
isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan
diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg
bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun
seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah
bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia
akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm
neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal
keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya
mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg
kau akan
sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga
maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara
lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari
ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat
kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn
hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...
kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat
kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn
maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu
perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu
membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata
dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabk an di akhirat kelak....dan nantikan
tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....
nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu
juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...
selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika
tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
............ ......... ......... ......... .........
Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan
sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu
hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang
atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu
dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia,
jin dan batu-batu... ."

EMAAK!!!...

Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku.....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasangan ku
Bila sedih, aku cari......mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

Tapi kalau mak sudah tiada...........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama..
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Mei 10, 2009

SELAMAT HARI IBU!!!..

ENTRY ARI NIH JUST NAK UCAP SELAMAT HARI IBU KEPADA SUMER IBU2 DILUAR SANER ESPECIALLY KPD IBU TERCINTAKU DI MUAR JOHOR HAJAH HAMIDAH BT MD YUSOF.. EMAK!.. TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA..MELAHIRKANKU, MEMBESARKANKU DENGAN PENUH KASIH SAYANG.. HALALKN SEGALA MAKAN MINUMKU, HALALKANLAH SUSUMU, YANG MENJADI SANTAPANKU KETIKAKU MASIH MERAH DAN KINI MENJADI DARAH DAN DAGINGKU.. PENGORBANANMU MAK..SUSAH PAYAHMU, AKAN KU HARGAI SELALU..
SALAM PELUK CIUM DARI ANAKMU..SYAHRUL BARIAH BT A.SAMAD..

Mei 04, 2009

Ular makan orang!!!...

KEJADIAN BERLAKU DI SEBUAH DAERAH DI INDONESIA





















INI PLAK ANACONDA KAT SRI LANKA

















SUMBER : EMAIL

Mei 01, 2009

Batu-batu unik di dunia...

Layan!!!..










Sumber : Email

 
Real Time Web Analytics